Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).<br /><br />Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi kesemua tuduhan terhadap Presiden UMNO itu di akhir pendakwaan.
